Vaksinasi Untuk Jemaah Haji Dan Umrah
Vaksinasi Untuk Jemaah Haji Dan Umrah
13 Januari 2022 | Artikel ditulis oleh Nur Adilah Ramli (Doctor2U)
Bakal jemaah haji dan umrah diwajibkan mengambil suntikan vaksin Meningococcal, dan digalakkan mengambil suntikan vaksin pilihan iaitu vaksin Influenza dan vaksin Pneumococcal. Berikut adalah maklumat lanjut tentang kedua-kedua kategori vaksin untuk rujukan bakal jemaah haji dan umrah.
Vaksin Wajib
Suntikan Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) ialah suntikan wajib untuk semua jemaah haji dan umrah, seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Berikut adalah maklumat penting yang perlu diambil perhatian oleh setiap bakal jemaah:
- Perlu diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
- Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) hingga lima (5) tahun
Vaksin Pilihan
Selain vaksin wajib, bakal jemaah haji dan umrah digalakkan mengambil suntikan vaksin pilihan untuk meningkatkan daya pertahanan badan, seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Vaksin Influenza
- Paling baik diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
- Selamat diambil kecuali individu yang mempunyai alahan kepada telur
- Individu yang berumur 50 tahun ke atas atau individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, penyakit paru-paru, penyakit ginjal, dan penyakit endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini
- Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama satu (1) tahun
- Disyorkan mengambil dos penggalak setahun sekali untuk mengekalkan daya imuniti
Vaksin Pneumococcal
- Paling baik diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
- Individu yang berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, penyakit paru-paru, penyakit ginjal, dan penyakit endokrin disarankan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang paru-paru yang serius disebabkan oleh bakteria
- Radang paru-paru merupakan penyakit utama dalam kalangan kanak-kanak dan warga tua di Tanah Suci Mekah
- Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama lima (5) tahun
Suntikan vaksin wajib dan vaksin pilihan untuk bakal jemaah haji dan umrah tersedia di cawangan BP
Pra-beli vaksin secara dalam talian dan tempah temu janji vaksinasi dengan menghubungi cawangan BP berhampiran.
Anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang vaksin? Hubungi doktor kami melalui live chat atau panggilan video hari ini.
Rujukan